#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Monday, March 30, 2009
Ni yang mahal nie.. suasana muram bilik perbincangan aras bawah JKA berubah wajah menjadi ceria.. hu hu.. backdrop maroon yang dihias di belakang almari (yang disusun cantik) menjadikan rating bilik tersebut bertambah tinggi.

Saya dan JJ terpaksa memanjat almari yang ada.. terima kasih kepada Kak Mas yang telah menyedarkan saya untuk berani membuat tarian naga kat atas almari tersebut ketika JJ sedang berusaha untuk mengetap kain tersebut ke dinding.. dan hampir-hampir mengetap tangan saya sekali ke kain tersebut. Sadis sungguh kes-kes sebegini.
JJ, anda bolehlaa bersama saya untuk menghadiri kursus memasang skirting dan rekabentuk backdrop bagi keperluan masa depan yang gemilang.



Hasil kerja tangan yang begitu halus.., walaupun ketika memasangnya kami berdua kerap bergaduh dan bergurau di atas almari yang dijamin kukuh dan kuat untuk menampung berat badan kami berdua. Sila cemburui dengan kelembutan dan kekemasan hasil kerja tangan kami..



tiba-tiba.. lampu yang dahulunya lampu kalimantang telah bertukar menjadi lampu yang cantik hanya dengan satu arahan daripada KJ kepada tech.. shahrizal.



dua hasil seni kerja tangan saya .. oooppppssss tangan saya terlalu keras tatkala memegang berus lukisan untuk menghasilkan kerja ini. maka saya terpaksa menyerahkan kanvas ini kepada pelajar seni bina untuk meneruskan impian yang sedia ada.



dahulunya berlatarbelakang warna hitam yang anggun dan elegan.. terpaksa ditukar kepada warna maroon.. . (dengan arahan KJ).. bagi memastikan warna yang sedondon..dengan tabir di belakang almari tadi. Tangan saya, JJ dan kak mas turut menjadi bengkak dan merah... hu hu...



Barisan fail-fail yang disusun dengan kemas dan rapi. Sila cemburui dengan usaha keras saya dan AJK lain.. hu hu



Berita terbaru.. Lawatan penanda arasan ke bengkel En Abdull Sulaiman .. untuk 5S. Sila aturkan kertas kerja untuk program Rombongan Cik Kiah ker bengkel Hidraulik tersebut.

Posted by wsuzana at 11:43 PM |

0 Comments:

Post a Comment