#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Wednesday, August 26, 2009
"Kak Ina! Jadual untuk pembentangan dah kuar lum? tampal kat ner?"

pepagi macam ni.. biasanya dah berbahang opis ni dengan pelbagai isu dan gossip hangat.. oleh team gossip girls termasuk diri saya (epppp!! bulan ramadhan tak baik menipu) bukan citer tentang orang lain.. sajer2 citer tentang diri sendiri. mmmm ... bergosip jugak.. tapi pagi ni macam lengang jer opis sebab ramai terlibat dengan sesi presentation pelajar sem akhir. ho ho... tak sabar nak tengok lakonan mereka di hadapan.. itu sajerlaaa saat para pelajar menghayati watak untuk menjadi cikgu di depan kelas. kay.. cut it short!! untuk para pelajar tersayang... (saya sangat garang dan menjadikan para pelajar takut dalam kelas... ) di sini saya berikan sedikit tips untuk presentation nanti..

Mempersembahkan (sumpah kenapa teruja gila siap mempersembahkan segala, :P)


TIPS KEYAKINAN DIRI APABILA MEMBUAT PRESENTATION

Pertama, jangan pakai selekeh. Kalau orang yang selekeh terlebih confident pun annoying jugak. tiada siapa yang mahu melihat orang di hadapannya bercakap yang hanya memakai selipar, dan tidak berbau wangi. Jadi penampilan anda pada hari tersebut perlulah hebat dan wangi. Pemilihan pemakaian juga penting terutama dari segi warna baju dan sebagainya. kalau boleh pilihlah warna yang garang untuk memberikan suasana hot n spicy macam tag KFC tu. (eppppp!! ingat puasa!!)tapi bagi yg perempuan janganlah pulak pilih warna baju yg kontra habis dengan tudung. ia tidak elok untuk kesihatan mata yang melihat. Ooooppppsss!! attention to ladies.. pakaian yang agak jarang... dan nipis tidak dibenarkan. bukan apa.. takut konsentrasi para panel tidak jatuh pada slide dan persembahan anda. Sebagai contoh: bayangkan anda sedang petah bercakap semasa presentation dan anda memakai pakaian paling vogue dan canggih



sebagai contoh, anda seorang pemidato dan pembahas terbaik sek dan sedang membuat persembahan. dan barisan juri panel begitu mengkagumi anda dan bersetuju untuk memberikan anda markah 100% tetapi disebabkan begitu teruja dengan pakaian anda itu.. maka panel terlupa untuk menulis nombor 1. cuma sempat menulis angka 0 saja.

Kedua, perihal bentuk badan,Bagi yang berbadan besar dan merasakan mereka tidak versatile dan anggun..., maka mereka tidak perlu berpakaian cantik dan kemas.. perlu ditanamkan dalam hati bahawa... bahawa tiada siapa berbadan seperti Gisele Bundchen, even kalau Gisele beli magazine yang ada gambar dia pun dia terkejut badan dia macam itu. Keep that in mind and be happy. kalau tak yakin dengan bentuk badan, cari jenis baju yang sesuai dan menonjolkan kecantikkan kamu. Stick to it if you have to. Biar sama style sepanjang zaman dan tak ikut fashion ke apa, janji selesa dan cantik dan beri kamu keyakinan! YA!

Whatever it is, just be true to yourself and jangan body concious sangat. Nobody is perfect, even Barbie pun ada basikal untuk dia jaga bentuk badan (-_-")

Ketiga, personaliti over physicality! Yang penting personaliti kita harus menarik, tak guna kalau muka gorgeous.. badan marvellous tapi setakat reti cakap pasal cuaca. Kalau suka sangat cakap pasal cuaca, pergi duduk dekat warung-warung kat tepi2 jalan dan disitu tempat yang sesuai untuk anda bertekak dan berhujah tentang hujan pukul berapa nak turun dengan apek-apek kat situ.

Keempat, substance! Jangan cakap crap sahaje (macam saya T_T), hujah anda perlu disertakan dengan bukti yang sah dan paling bagus ada cop mohor SIRIM (sebagai contoh) maksudnyer kenalah kenalah berilmiah. Kerana jika anda berpengetahuan, orang suka nak dengar semua yang kita hujahkan dan bicarakan. People look up to you, and hang on to your every word. Tambah pengetahuan dengan membaca yeay! okay!! saya mengaku juga yang saya penggemar buku komik waktu sekolah dulu.. itulah sebabnya saya selalu berangan untuk memilikki pedang setiawan.. :P okay stop it suzana.. banyakkan membaca buku2 yang berjenama yang dikarang oleh para cendekiawan. nota pensyarah pun takper tapi perlu baca lebih banyak bahan tambahan! atau anda boleh melayari Yahoo articles di mana saya kerap tertipu dengan tajuk2 articles yang begitu menarik... T_T

Kelima, juz nak mention... that confidence is not about being full of yourself okay. Listen to what others have to say. Dalam banyak-banyak orang yang bersosial dengan saya, saya suka yang jenis bagi kita jalan nak cakap, ambil pendapat kita dengan serius, tapi still boleh gelak kepada benda yang patut gelak, sekali pun benda itu adalah bodoh. tapi kalau perihal presentation yang ada panel juri untuk komen.. janganlaa anda melawan dan cuba untuk menafikan kesalahan (eppp!! biasa dia yer). cuba untuk menerima teguran dan segala penambahbaikan. ianya penting untuk masa depan anda yang perlukan markah dari panel juri ( macam saya T_T)


Keenam, jangan rasa annoying kalau orang pandang kita, cuba hargai. Jangan sesekali rasa takut sampai nak tutup muka dalam baldi. Jangan sibuk fikir, "eh mesti dia tengok hidung aku yang besar nih" atau pun "alamak lubang pori2 aku sangat besar pagi ni. macam mana ni?". Think positive baby!! Instead go for "hmm dah agak dah buat selendang/rambut/mekap stylo macam nih, orang akan terpegun." Walaupun hidung kamu memang agak bersaiz besar.

Ketujuh, jaga kebersihan, selalu check bahu kot-kot ada kelemumur. Beli Head&Shoulders, pakai kat rambut ngan bahu sekali. Check kot2 nafas berbau. Check kot2 bulu telinga perlu trim (ni laki je kan? Dan kucing).

Kelapan, takyah nak please/puaskan hati semua orang. The truth is,
"Ingat!! Kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun tak suka semua orang. betul tak? Jangan tipu.. dosa"

Haha saya begitu chomeyl kerana berusaha untuk buat semua tips ini. Okay pastu untuk lebih menigginkan lagi keyakinan perlu selalu ingatkan diri sendiri yang kita ni cute dan menawan. Eh jangan!!! Itu perasan. okay!! next tips...


Kesembilan, Perihal tajuk yang marvellous!!!
Tajuk presentation dan tajuk projek haruslah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan memberi keghairahan pada barisan panel untuk memberikan sinaran mentari pagi yang cukup menghangatkan terutamanya ketika berada di dalam column jadual yang menyenaraikan nama tajuk2 bagi presentation kumpulan2 pelajar yang lain. Selain itu, tajuk anda juga perlu unik dan catchy supaya senang disebut, diingat dan mudah difahami. Sebagai contoh.. tajuk 'bagaimana untuk mengenali diri Suzana Wati agar sentiasa dapat markah cemerlang dalam kelas'.

Adalah sangat annoying kepada semua orang yang tidak mengenali saya dan juga kepada anda sumer yang hendak mendengar. Kenapa perlu untuk membaca tajuk yang panjang dan susah untuk mengkaitkan dengan isi kandungan? lagi satu.. siapa Suzana Wati ni dowh sampai perlu untuk anda sibuk2 mengenali dia??? Jujurlaa weihh sama ada anda mahu stay untuk dengar hujah? ha ha.. sajer jer bagi contoh yang merepek begitu. Cuba kalau anda letak tajuk yang begitu straight to the point dan catchy dan kalau boleh guna word yg tipikal yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". kerana panel juri akan sibuk untuk melihat balik slide bagi menulis tajuk anda dalam borang markah disebabkan tajuk present anda begitu susah untuk dieja. Contoh: buffers hotstuffxxxzz

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.


kesepuluh Isi kandungan yang hendak dipersembahkan perlu setimpal serta seiring sejalan dengan tajuk. jangan bagi tajuk satu saat menjadi dua detik.. padahal kandungan citer tentang mega sales sempena raya di shopping mall. Tsk T_T

Kesebelas Perkara yang harus dielakkan.ejaan pada slide anda perlu betul dan bukan dengan ejaan pasar dan short form, seperti CHAKAP PUNYE DAN MACHAM DAN.. STOP DAH... serta eja senang jadi SNG, orang jadi ORG.

kedua belas perihal gambar.
anda adalah termasuk dalam kumpulan sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak dalam slide. Ini adalah major turn off.

ketiga belas Perihal gambar 2.
memang dah lumrah manusia sukakan benda2 cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar (untuk letak di bahagian awal slide atau akhir slide). Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

keempat belas.. perihal eye contact..hubungan mata adalah penting.. tetapi jangan sampai terus terjatuh hati (awas ya!! dengan panahan mata yang terus menusuk ke hati!)

kelimabelas ... Tema.
Tema slide adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

keenambelas... menangis!! what the.. dhsagshagdsaghasasd ... okay saya akui yang terakhir ini tidak patut dilakukan sebelum dan selepas present. kenapa perlu menangis? mungkin anda sumer berasa terlalu terharu kerana tak sabar untuk present atau pun disebabkan anda berasa sangat teruja untuk berdepan dengan barisan panel juri yang anggun, menawan dan hensem? (owhhh!!! ingat.. tiada siapa yang memuji kita anggun, dan menawan .. melainkan diri kita sendiri yaaa T_T)

setelah penat mencuri masa dan menjeling sana sini untuk menyiapkan entry ni.. silalaa ambil perkara2 yang saya kongsikan ini.. dan kalau boleh silalah utk aplikasikan sedikit sebanyak

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan sewaktu kaunter pertanyaan dibuka sahaja. Ke arah kemajuan bangsa yang gemilang dan terbilang! Bangsa Malaysia!

Posted by wsuzana at 1:49 AM | 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
hu hu... tajuk ni takder kaitan dengan entry kali ini.. biasalah.. saya memang agak pakar dalam memberikan tajuk yang menyimpang jauh beribu batu dari karangan... hu hu... tu sebab banyak kali buku karangan saya dari darjah satu sampai tingkatan 3 kerap terbang ke luar pintu kelas.. oleh cikgu-cikgu berkaliber yang mengajar Bahasa Melayu. ho ho... okie.. terpaksa mengaku saya takder point untuk tulis belog kali ini. tak tahu laa pulak kenapa boleh terniat untuk membelog... pada hal kejer tengah banyak.. sumpah.. banyak giler atas meja.. siap ada wayar2 lagi kat atas meja. ha ha untuk menunjukkan memang banyak kejer.

Attention please!!! sempena bulan ramadhan ini... dua orang staf jabatan kej awam telah dipilih untuk BOE.. anugerah best of employee. Sila rujuk laman web ini jangan lupa tanggungjawab anda untuk mengundi! he he.. untuk puan aini dan en osman.. sila rujuk lampiran senarai restoran untuk open table bagi para pengundi anda yang sangat setia ini. Yeah!!! anda semua.. sila vote sekarang!!!

buat para usahawan berjaya di sekitar politeknik merlimau.., sila pastikan tempahan kuih raya akan sampai pada waktunya.. kalau boleh lebih awal.. sila lakukan.. kerana ini membolehkan saya untuk merasa kuih2 tersebut.

trip to Jakarta.. hu hu.. sangat sedih kerana terlambat book ticket. harga dah naik sikit.. Apa?? naik sikit??? hu hu.. beza RM100 tu.. mmm mari kita listkan barang yg boleh dibeli dalam RM 100 tu. he he.. takper jika ada rezeki saya untuk menemui pria2 terhebat di jakarta... promotion hebat akan tetap diadakan tiap awal tahun. Para pramugara dan pilot yang handsome dan awesome.. sila pastikan air asia akan meng offer kembali diskaun hebat..atau sangat hebat!! supaya saya dapat menaiki kapal terbang anda. sila berbuat demikian.

apabila Siti 3 kali daftar masuk keluar ICU. kay relax... bukan siti nurhaliza atau siti payung.... . ni nama asal laptop saya yang telah menjadi mangsa kekejaman virus yang sedia ada dalam dunia maya.. . habis seluruh nota dan segala harta pusaka disimpan dalam siti telah dimakan tanpa belas kasihan oleh kumpulan virus sedunia ... vfjfghgdghdtydty ... fine virus fine!! nampaknya segala hasil usaha untuk memenangi dalam pertandingan membuat nota p&p menggunakan multimedia menemui kehampaan walaupun sebenarnya tarikh tutup pertandingan telah berlalu. saya tidak langsung menghantar hasil nota kuliah saya kerana kesuntukan masa.

gasak kau.. satu entry macam2 cerita. inilah akibatnya berbelog tapi takder tujuan. ha ha.. takper.. yang penting saya dapat berbelog hari ni.

Posted by wsuzana at 8:15 PM | 0 comments
Thursday, August 6, 2009
Girlpren en boypren, pakwe makwe, tunang tunang, bla..bla..bla. kuliah kiter pada pagi ini.. adalah tentang topik kepercayaan dan kecurangan...

Kepercayaan.. diterjemahkan.. (ayat poyo gilers sehhh) sebagai pegangan terhadap sesuatu. terpulang kepada individu untuk tafsirannya (lagi sekali ayat poyo) .., pada aku kepercayaan adalah satu anugerah yang tinggi dan tak boleh dinilai oleh apapun. misalnya.. kau ada bela seekor kucing.. yang memang comel .. (nurul.. jgn terasa ya) sampaikan kecomelannya itu membuatkan kau percayakan kucing itu sentiasa berkelakuan baik dan manja serta suka gesel2 kat kaki waktu korang nak tengok tv.. sedangkan orang lain yg tengok kucing rasa macam nak pukul jer dengan penyapu. satu hari.. kau sanggup amik overtime untuk siapkan tugasan yg bos kau bagi.. . sampaikan mata dah tak cantik dan lebam jer.. . bila balik umah.. korang terus masuk tidur. esok pagi korang tengok tugasan korang yang dah siap di print kaler2 habis dicakar2 oleh si meowww yg comel tadi. bila kau tengok kucing tu.. siap buat muka selamba macam tak bersalah.. dan bila kau marah dia.. dia terus buat senyuman mintak simpati yang paling menyakitkan jiwa raga kau sebab kena print balik.. . sejak dari hari tu korang tentu tak percaya dah dengan kucing tu dan takkan bawak kejer balik ker rumah agi.

Kecurangan pulak menurut kamus dewan.. muka surat.. bla bla bla.... ayat paling dan terpoyo dalam hidup aku.. mempunyai makna yg juga berbeza di kalangan kita. sesetengah pihak menganggap kecurangan adalah apabila kau orang mempunyai satu koleksi atau hobi yg berkaitan dengan isu skandal. Selain itu, ada pihak yang menganggap bermain mata dan meneruskan sikap suka melayan perasaan orang lain selain daripada kekasih adalah curang, ada yang menganggap kenyit mata dengan orang lain sewaktu tengah erat menggenggam tangan girlfren ketika nak melamar jadi kekasih full time... adalah curang, ada juga pihak yang menganggap kalau kerja McD tapi kau asyik makan kat Pizza Hut adalah curang. Selain itu, ada juga yang menganggap.. kalau korang seorang yang aktif dalam futsal.. tiba2 ubah haluan kepada main congkak.. juga dikira sebagai curang. Banyak lagi tanggapan yang timbul mengikut kesesuaian situasi masing2.

Jadi.. bagi saya.. kepercayaan dan kecurangan adalah dua perkara yang sangat berkait rapat. apabila seseorang itu telah memberi kepercayaan yang sangat berharga.. tiba2 tanpa kau sedari.. seseorang yang dipercayai itu telah melakukan perkara yang membuang makna dan 1000 erti terhadap cinta dan kepercayaan pasangannya. hu hu.. seramnya..

Apa yang mendorong seseorang itu menjadi curang dan membuang kepercayaan yang diberikan? adakah ianya kerana penyakit rambang??? such as... Rambang mata? Rambang hati? Rambang body? Kenapa? Best sangat ker curang? Rasa aman ker apabila curang? Apakah yang korang dapat rasakan dari aktiviti curang ni??? adakah ianya rasa superior? Rasa hebat eh? Rasa macam hotstuff ah boleh tackle dan simpan ramai-ramai siap ada daftar nama dan buku koleksi pengumpulan kecurangan seumur hidup, seramai ahli Kelab dan persatuan pada zaman sekolah rendah dulu? Ada juga yang curang sebab dah terlanjur curang contohnya.... macam dah terlanjur terjatuh hati dan cinta kepada individu lain, ataupun dah terjebak dalam panahan mata yang terus menusuk ke kalbu dan hati nurani yang rasanya memang takleh nak elak lagi panahan cupid tu ( macam iklan digi). Bila dah tercurang tu.. dan mungkin ada rasa bersalah.. pada si dia yg setia dan percaya.. nak buat u-turn atau turn back kang tak memasal kena bomoh siam pula kan? Moralnya di sini.. takyah dan tak perlu curang in the first place.

Curang itu sangat menyakitkan. misalnya.. seseorang yang suka bekerja dan workaholic.. kat meja.. penuh gambar isteri dan anak. tak cukup letak kat meja.. kat komputer.. pun ada wallpaper gambar isteri tengah peluk anak... kat dinding2 jugak.. sanggup beli frame sampai 2-3 ratus semata2 nak letak gambar isteri dan anak. Adakala.. rela amik overtime dan jugak outstation jauh semata2 nak bahagiakan keluarga di samping nak bayar harga frame2 yang beratus2 tadi. Tapi, bila dia balik rumah hoh ada lelaki lain. Sakit kan? Sakit sangat2 sampai menyucuk2 hati ni. Rasa pedih dan sakit tu macam kau dah kumpul duit syiling dalam tabung buluh dulu2 semata2 kau nak beli Iphone yang da latest (bayangkan duit syiling weh, berapa lama kau nak kumpul), pastu kau bagi mak kau suruh pergi beli sebab hari tuh kau terpaksa gi latihan kat sekolah. Sepanjang latihan.. kau tak dapat tumpu perhatian langsung sebab kau tak sabar nak balik... sambil kau asyik belek dan tengok jam 37 kali. Tiba-tiba.., latihan yang kau rasakau tak larat nak buat selama ni.. kau mampu buat semata2 kau rasa bersemangat giler untuk pulang dan nak peluk iPhone. Sambil kau membayangkan wajah2 cemburu manusia di sekelilingmu... melihat kau membelek dan memeluk iPhone tu. Bas yuang lewat 2,3 minit pun kau dah mula rasa berang... dan amik keputusan untuk joging.. atau walkathon. Ting Tong! kau bunyikan loceng pintu.. dan alangkah hancurnya hati bila nampak ada sebuah microwave baru.. yang mak kau beli.. bukan iPhone!!! Rasa hampa dan sedih itu sangat menyucuk jiwa raga.. kerana kau amat percayakan mak..!!!

mmm... senang2 jer kepercayaan yang begitu tinggi nilainya.. diperlekehkan sebegitu... Pastu... saya sangat benci jika seseorang yang telah curang itu tidak mahu tunjukkan yang dia memang bersalah.. malah dia sanggup pulak menyalahkan pasangan dia. pelbagai alasan diberi dan dihamburkan walaupun diri sendiri memang dari azali sedar yang semua alasan itu tak der satu pun menuju kepada kesalahan curang itu. Contohnya.. kalau mak korang tadi.. dah beli oven dengan guna duit tabungan syiling tu.. then.. untuk menggembirakan hati kau.. dia kata "Alaa oven nih nanti kau jugak makan makanan masak kat sini". Wakakakakka.. ini contoh yang tak baper besh.. Okay korang pikir jelah contoh sendiri dan rasakan keperitannya. Ala biasalaa kalau dah kantoi curang, then dia akan kata "I bukan apa.. u asyik busy jer. so i kuarlaa dengan orang lain. lagipun u kan tak suka kalau i asyik berkepit jer dengan u". Teruk betul.. anak saper ni?? langsung takder perasaan tanggungjawab. Takpun.. bagi alasan.."Alah.. i dah kata.. i tak suka u masuk kelab renang tu.. tp u degil .. u join jugak.. pas tu bila i ajak kuar.. itu jer alasan.. kelas swimming laa.. gym laa.. (padahal sebelum2 ni dia yang suruh orang tuh turunkan berat badan sebab dia tak suka perempuan gemuk)". Tak pun.. " tengok.. u asyik bersolek jer.. nak bangga dengan lelaki lain laa tu dan nak tunjuk yg awak tu byk peminat laa tu. takder langsung keaslian wajah tu. tebal dengan mekap jer. cuba awak tengok dia tu... asli jer muka. nampak cantik sebab natural (haa.. ni lagi satu cari pasal sungguh ni.. walhal dia yang kejar2 pompuan ni dulu sebab pompuan ni pandai bermekap dan sentiasa nampak cantik dan kemas)" Ha camtu-camtulah.

So... moralnya di sini.. tak perlu dan jauhi aktiviti kecurangan ni. kepercayaan yang diberi.. tidak boleh dinilai dengan emas permata walaupun dilonggok sebesar gunung.. Eppp... biasa dia yer!!!!

cuba buat carta di bawah...


Posted by wsuzana at 5:54 AM | 0 comments