#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Thursday, August 6, 2009
Girlpren en boypren, pakwe makwe, tunang tunang, bla..bla..bla. kuliah kiter pada pagi ini.. adalah tentang topik kepercayaan dan kecurangan...

Kepercayaan.. diterjemahkan.. (ayat poyo gilers sehhh) sebagai pegangan terhadap sesuatu. terpulang kepada individu untuk tafsirannya (lagi sekali ayat poyo) .., pada aku kepercayaan adalah satu anugerah yang tinggi dan tak boleh dinilai oleh apapun. misalnya.. kau ada bela seekor kucing.. yang memang comel .. (nurul.. jgn terasa ya) sampaikan kecomelannya itu membuatkan kau percayakan kucing itu sentiasa berkelakuan baik dan manja serta suka gesel2 kat kaki waktu korang nak tengok tv.. sedangkan orang lain yg tengok kucing rasa macam nak pukul jer dengan penyapu. satu hari.. kau sanggup amik overtime untuk siapkan tugasan yg bos kau bagi.. . sampaikan mata dah tak cantik dan lebam jer.. . bila balik umah.. korang terus masuk tidur. esok pagi korang tengok tugasan korang yang dah siap di print kaler2 habis dicakar2 oleh si meowww yg comel tadi. bila kau tengok kucing tu.. siap buat muka selamba macam tak bersalah.. dan bila kau marah dia.. dia terus buat senyuman mintak simpati yang paling menyakitkan jiwa raga kau sebab kena print balik.. . sejak dari hari tu korang tentu tak percaya dah dengan kucing tu dan takkan bawak kejer balik ker rumah agi.

Kecurangan pulak menurut kamus dewan.. muka surat.. bla bla bla.... ayat paling dan terpoyo dalam hidup aku.. mempunyai makna yg juga berbeza di kalangan kita. sesetengah pihak menganggap kecurangan adalah apabila kau orang mempunyai satu koleksi atau hobi yg berkaitan dengan isu skandal. Selain itu, ada pihak yang menganggap bermain mata dan meneruskan sikap suka melayan perasaan orang lain selain daripada kekasih adalah curang, ada yang menganggap kenyit mata dengan orang lain sewaktu tengah erat menggenggam tangan girlfren ketika nak melamar jadi kekasih full time... adalah curang, ada juga pihak yang menganggap kalau kerja McD tapi kau asyik makan kat Pizza Hut adalah curang. Selain itu, ada juga yang menganggap.. kalau korang seorang yang aktif dalam futsal.. tiba2 ubah haluan kepada main congkak.. juga dikira sebagai curang. Banyak lagi tanggapan yang timbul mengikut kesesuaian situasi masing2.

Jadi.. bagi saya.. kepercayaan dan kecurangan adalah dua perkara yang sangat berkait rapat. apabila seseorang itu telah memberi kepercayaan yang sangat berharga.. tiba2 tanpa kau sedari.. seseorang yang dipercayai itu telah melakukan perkara yang membuang makna dan 1000 erti terhadap cinta dan kepercayaan pasangannya. hu hu.. seramnya..

Apa yang mendorong seseorang itu menjadi curang dan membuang kepercayaan yang diberikan? adakah ianya kerana penyakit rambang??? such as... Rambang mata? Rambang hati? Rambang body? Kenapa? Best sangat ker curang? Rasa aman ker apabila curang? Apakah yang korang dapat rasakan dari aktiviti curang ni??? adakah ianya rasa superior? Rasa hebat eh? Rasa macam hotstuff ah boleh tackle dan simpan ramai-ramai siap ada daftar nama dan buku koleksi pengumpulan kecurangan seumur hidup, seramai ahli Kelab dan persatuan pada zaman sekolah rendah dulu? Ada juga yang curang sebab dah terlanjur curang contohnya.... macam dah terlanjur terjatuh hati dan cinta kepada individu lain, ataupun dah terjebak dalam panahan mata yang terus menusuk ke kalbu dan hati nurani yang rasanya memang takleh nak elak lagi panahan cupid tu ( macam iklan digi). Bila dah tercurang tu.. dan mungkin ada rasa bersalah.. pada si dia yg setia dan percaya.. nak buat u-turn atau turn back kang tak memasal kena bomoh siam pula kan? Moralnya di sini.. takyah dan tak perlu curang in the first place.

Curang itu sangat menyakitkan. misalnya.. seseorang yang suka bekerja dan workaholic.. kat meja.. penuh gambar isteri dan anak. tak cukup letak kat meja.. kat komputer.. pun ada wallpaper gambar isteri tengah peluk anak... kat dinding2 jugak.. sanggup beli frame sampai 2-3 ratus semata2 nak letak gambar isteri dan anak. Adakala.. rela amik overtime dan jugak outstation jauh semata2 nak bahagiakan keluarga di samping nak bayar harga frame2 yang beratus2 tadi. Tapi, bila dia balik rumah hoh ada lelaki lain. Sakit kan? Sakit sangat2 sampai menyucuk2 hati ni. Rasa pedih dan sakit tu macam kau dah kumpul duit syiling dalam tabung buluh dulu2 semata2 kau nak beli Iphone yang da latest (bayangkan duit syiling weh, berapa lama kau nak kumpul), pastu kau bagi mak kau suruh pergi beli sebab hari tuh kau terpaksa gi latihan kat sekolah. Sepanjang latihan.. kau tak dapat tumpu perhatian langsung sebab kau tak sabar nak balik... sambil kau asyik belek dan tengok jam 37 kali. Tiba-tiba.., latihan yang kau rasakau tak larat nak buat selama ni.. kau mampu buat semata2 kau rasa bersemangat giler untuk pulang dan nak peluk iPhone. Sambil kau membayangkan wajah2 cemburu manusia di sekelilingmu... melihat kau membelek dan memeluk iPhone tu. Bas yuang lewat 2,3 minit pun kau dah mula rasa berang... dan amik keputusan untuk joging.. atau walkathon. Ting Tong! kau bunyikan loceng pintu.. dan alangkah hancurnya hati bila nampak ada sebuah microwave baru.. yang mak kau beli.. bukan iPhone!!! Rasa hampa dan sedih itu sangat menyucuk jiwa raga.. kerana kau amat percayakan mak..!!!

mmm... senang2 jer kepercayaan yang begitu tinggi nilainya.. diperlekehkan sebegitu... Pastu... saya sangat benci jika seseorang yang telah curang itu tidak mahu tunjukkan yang dia memang bersalah.. malah dia sanggup pulak menyalahkan pasangan dia. pelbagai alasan diberi dan dihamburkan walaupun diri sendiri memang dari azali sedar yang semua alasan itu tak der satu pun menuju kepada kesalahan curang itu. Contohnya.. kalau mak korang tadi.. dah beli oven dengan guna duit tabungan syiling tu.. then.. untuk menggembirakan hati kau.. dia kata "Alaa oven nih nanti kau jugak makan makanan masak kat sini". Wakakakakka.. ini contoh yang tak baper besh.. Okay korang pikir jelah contoh sendiri dan rasakan keperitannya. Ala biasalaa kalau dah kantoi curang, then dia akan kata "I bukan apa.. u asyik busy jer. so i kuarlaa dengan orang lain. lagipun u kan tak suka kalau i asyik berkepit jer dengan u". Teruk betul.. anak saper ni?? langsung takder perasaan tanggungjawab. Takpun.. bagi alasan.."Alah.. i dah kata.. i tak suka u masuk kelab renang tu.. tp u degil .. u join jugak.. pas tu bila i ajak kuar.. itu jer alasan.. kelas swimming laa.. gym laa.. (padahal sebelum2 ni dia yang suruh orang tuh turunkan berat badan sebab dia tak suka perempuan gemuk)". Tak pun.. " tengok.. u asyik bersolek jer.. nak bangga dengan lelaki lain laa tu dan nak tunjuk yg awak tu byk peminat laa tu. takder langsung keaslian wajah tu. tebal dengan mekap jer. cuba awak tengok dia tu... asli jer muka. nampak cantik sebab natural (haa.. ni lagi satu cari pasal sungguh ni.. walhal dia yang kejar2 pompuan ni dulu sebab pompuan ni pandai bermekap dan sentiasa nampak cantik dan kemas)" Ha camtu-camtulah.

So... moralnya di sini.. tak perlu dan jauhi aktiviti kecurangan ni. kepercayaan yang diberi.. tidak boleh dinilai dengan emas permata walaupun dilonggok sebesar gunung.. Eppp... biasa dia yer!!!!

cuba buat carta di bawah...


Posted by wsuzana at 5:54 AM |

0 Comments:

Post a Comment