#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Sunday, May 8, 2011
i'm still remember..,

masa kecik2 dahulu perkara paling saya takutkan adalah kena present atau baca sifir depan kelas. saya ada byk butterfly dalam perut ni... hu hu hu... sifir tu memanglah hafal, tapi bab kena present depan kelas tu yg sangat mengarut. dulu saya sangat kemetot. paling kemetot... tapi rambut paling cantik dalam kelas sebab sangat lurus macam buat rebonding. rambut saya memang semulajadi berminyak.. jadi tak menggerbang sangat dan kalau diikat pun konpem pengikat itu akan jatuh sebab sangat licin.

masa sekolah dulu, kalau cikgu karangan suruh bentang kat depan pun, saya sangat kalau boleh mengelak, menepis dan cuba berlari sejauh mungkin dari pandangan cikgu. tapi, cikgu Hasnah memang sukakan saya dan malangnya cikgu Hasnah takder anak lelaki. saya sentiasa disuruh utk baca buku karangan saya di depan kelas. kalau tak suka, dia akan campak buku ke luar pintu. kalau suka, dia akan senyum dan kata... inilah contoh karangan yg terbaik. kalau saya salah tulis karangan, pun dia akan komen... "inilah contoh kalau dalam kelas asyik berangan." tapi saya buktikan pada cikgu Hasnah, saya mendapat A1 dalam SPM. he he he...

kisah seorang pelajar IPTA yang menggantung dirinya di rumah sewa seharusnya menjadi tauladan kepada semua pelajar. apa yagn kita perlukan dalam diri kita dan apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. kita perlu berbalik pada jati diri asal kita.

Jati diri? apa itu jati diri? tiang elektrik ker? hmmm jati diri ni lebih kepada kekuatan dalaman diri kita. apa yang menyedihkan generasi muda kini mempunyai jati diri yang sangat kurang. mereka sangat lemah dan mudah berputus asa. Pernah tak korang generasi muda ni merasa hendak makan cheese cake kat secret recipe, tapi takder duit dan cuma buat muka chomeyl di tepi almari cermin tempat letak kek tu. adakah dengan membuat muka chomeyl itu, anda dapat memakannya? ibarat macam meraih simpati oleh si pengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. begitu juga dengan kehidupan seharian. mereka lebih suka rehat sana dan gelak2 serta lepak2... tapi bila rasa lapar, call parent untuk dapatkan duit. macam petik jari dan semua siap terhidang depan mata. sungguh tak sihat kehidupan begini.

berapakah nilai untuk kehidupan sebegitu? langsung tidak berharga... kerana mereka telah banyak kehilangan nilai dlm hidup kekeluargaan, nilai murni dalam hidup. generasi muda sekarang juga sangat cenderung untuk menyalahkan orang lain. yaa itu cara yang paling mudah untuk menyedapkan hati mereka. tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah?

apabila mereka menghadapi kegagalan dalam pelajaran... "Lecturer saya ni mak, tak pandai mengajar mak... itulah sebab saya gagal. " kenapa perlu salahkan lecturer? adakah lecturer dibayar untuk kelas tambahan dan kelas tuisyen? yuran pun rasanya kena bayar dalam 200 lebih saja kan? jadi apakah keistimewaan itu?

apa kata, kalau gagal...dalam mana subjek sila salahkan pen yang murah, salahkan beg yang tak cantik, salahkan kasut yang tak trendy, salahkan kelas yang tak ada air cond, salahkan kipas, salahkan lampu tak perlu salahkan diri sendiri.

padahal, diri pelajar itu yang selalu datang lewat ke kelas. kenapa datang lewat? sebab keluar dengan kawan2 sampai tengah malam; datang lewat sebab main game sampai lewat pagi so tak sedar. kalau tak lewat pun, datang awal tapi berangan dan tidur dalam kelas. balik dari kelas, terus main game dan lepak2 sebab merasakan masing2 dah memang terror subjek tu. selain dari itu, keluar makan dan lepak2 lagi dengan kawan2, balik rumah lepak2 lagi.. dan main motor kat laman rumah. assignment bila nak siap? just copycat from other students. tak pun terus tak hantar. kuiz pun tak dapat jawab. ujian? hmmmmmmmm ada yg buat pakatan untuk boikot dari menduduki ujian. so adakah ini semua masih lagi salah lecturer?

walaubagaimanapun, jangan sesekali mengambil jalan mudah dengan membunuh diri... thanks

Posted by wsuzana at 4:26 AM |

0 Comments:

Post a Comment