#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Friday, April 29, 2011
liver... translate... -> hati
heart ... translate ... -> jantung

betul tak teacher? he he he... tapi kan kenapa dalam chenta2 ni... guna my heart? si jantung ku? tapi translate pada hatiku...

don't wanna talk about this... but i have something to story about. not about roundabout.. but about ... something about... MY HEART

tengok kan berbelit2 lidah baca ...sigh

buat ke berapa kali .. hati ini sangat2 tersensitif atau terasa dengan beberapa statement seperti di bawah

1. "kenapa dia pilih kau kan?"
2. "hensemnya bf kau. kau tak rasa takut ker? peliklah, memang dia pilih kau ker?"
3. "kau yakin... kau dengan dia? entah2 kau ni yg ke berapa... dalam list dia"
4. "bila kau cadang nak tunang dengan dia? betul ker dia tu? entah2 dia main2kan hati kau kot."

Ya! untuk semua jawapan di atas... Ya! saya manusia biasa dan saya tak tahu takdir Allah. menemukan saya dengan dia. memberikan satu tali persahabatan yang baik dengan dia. aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali dia dari jauh. dan aku menghargai segala usahanya.

jawapan untuk 1. tidak! saya tidak tahu kenapa dia pilih saya. rujuk pada empunya diri dan kalau nak jawapan lebih tepat, buat solat hajat dan mohon petunjuk daripada Allah

jawapan untuk no 2. hensem? hmmm padda orang lain dia hensem. pada saya, dia sangat baik... dan dia sangat jujur dan ikhlas. saya pernah katakan dahulu saya tidak memandang pada rupa. kalau rupa hensem mana pun tapi perangai teruk... masuk bakul sampah atau masuk laut jugak yer

jawapan untuk no 3. setiap orang ada senarai. senarai beli belah dan macam2 lagi senarai. saya tak tahu pulak saya ada atau tidak dalam list dia. dan saya juga tidak tahu sebanyak manakah keyakinan ini pada dia. kerana saya lebih YAKIN pada ketentuan Allah.

jawapan untuk no 4. cadang nak bertunang? hmmm esok boleh? tak pun lusa... susah2 sangat... malam ni jer lah tunang. bercakap memang senang kan? okay, serius balik (-_-) saya adalah pihak perempuan. dan dia adalah pihak lelaki. bukan saya yang buat keputusan. kalau saya golek2 .. guling2 tengah jalan merengek2 dan nangish2 segala mintak dia bertunang dengan saya... tapi kalau dia cakap tak nak.. atau Allah tidak izinkan hatinya terbuka untuk menerima saya... apa yg saya boleh lakukan? segalanya kita berserah dan pasrah kepada Allah swt. Sekian


Posted by wsuzana at 6:42 AM |

0 Comments:

Post a Comment