saya ada terbaca dalam salah sebuah belog... yang memperkatakan tentang jenis hatinya yang mudah memaafkan. sama juga dengan saya. sikap gembira saya menutup segala kelukaan dan kesakitan tikaman.
beberapa hari yang lepas.., saya mengalami luka di lutut saya. tapi saya masih lagi mampu menghadiri perkhemahan pelajar saya... di Asahan dan masih lagi mampu melakukan aktiviti yang diperuntukkan kepada saya. Samalah seperti sifat saya, walaupun dilukakan hati ini... ibarat ditikam sehingga menyesakkan, syukurlah.. walaupun saya terjatuh tapi saya masih lagi mampu untuk melalui kehidupan saya dengan penuh gembira dan ceria. tiada yang tahu dan tiada yang sedarinya. Saya bersyukur diberi kekuatan ini oleh Allah SWT.
Begitu mudahnya saya menjalani kehidupan selepas terjatuh, begitu juga mudahnya saya memaafkan mereka2 yang bertanggungjawab mencalarkan hati saya... dan begitu mudah sangat mudah bagi mereka2 di luar sana untuk menyakitkan hati saya. ibarat satu kitaran... mereka melukakan hati ---> saya merasai kesakitan ---> lalu memaafkan ---> melupakan kejahatan itu ---> mereka melukakan hati sekali lagi ---> dan berputar kembali.
mudah kan? hati saya memang mudah dan senang dilukai dan disakiti.. tapi saya bersyukur Allah memberi dan menganugerahkan kepada sifat penyayang.. dan pemaaf. sekurang-kurangnya saya tidak hidup dalam kegelapan dan belenggu dendam 7 keturunan. mmm... Syukur Ya Allah!!!
memang sikap manusia yang selalu sukar menerima sesuatu unik atau kelainan itu dengan penuh kesyukuran serta terbuka dan sentiasa bersedia menerima sahaja. segalanya perlu dipertikaikan. segala langkah dan perbuatan akan dinilai sewenangnya oleh manusia2 ini. lepas dinilai.. dipertikaikan.. pada hal ianya perkara mudah. tak perlu dipersoalkan. saya sendiri tak tahu apa jawapan yang perlu diberikan. kerana tak pernah ada jawapan yang tepat dalam dunia ini.
"Percayalah.. dan percayalah... segala yang saya lakukan... datang dari hati saya sendiri".
for you...
Post a Comment