syala!!! i sangat suka dengan ur email... tadi!!!
act.. untuk satu pengakuan di sini.. (terpulang ..pada individu yg terasa).., saya selalu rasa sedih sebab tak macham orang lain yg sangat senang dapat sesuatu. i have to work hard and i rasa bila sampai satu tahap macham rasa jenuh sangat dan rasa macam tak sabar sangat nak cari solution... (bukan solution untuk lens ya... tp solution utk masalah!!!)
contohnya.. (menyampah giler kenapa mesti tiap kali kena bagi contoh??), macham saya terlalu minat untuk memiliki laptop sony yang bersaiz kechil itu.. (sangat mengkagumi sebab rasa macham laptop tu nanti i leh sembunyikan dalam beg tangan i.. sila kagumi sekarang!!!) . dan setiap kali i lalu kat shopping mall BP Mall itu, mesti i akan singgah kedai tu. hanya tengok dari satu sudut.. laptop chomeyl itu. siap boleh pick colour.. (itu yang pasti.. sebab i suka warna biru.. ataupun pink) .. siap i berangan lagi untukbawak laptop itu masuk dalam beg tangan i.. dan keluarkan untuk kegunaan mengajar. (wahh!!! sangat menerujakan hati!!) .. tp saya sampai sekarang dah hampir setahun setengah.. masih lagi mengumpul duit dalam tabung buluh.. dan tambahan extra lagi sebuah tabung yang bersaiz besar sikit.. yang berbentuk mailbox tu.. yang dijual kat kedai Hot.. (sangat teruja sebab dapat miliki tabung ini) .. tapi masih belum chukup lagi budget!! huwaaa!!!! hanya mampu melihat saja dari jauh... pas tu.. bila rasa macham tak mampu... mula fikir nak give up.. dan kadangkala siap berchakap dan buat sesi luahkan perasaan pada kucing2 yg suka main2 kat belakang umah.. (padahal i sangat takut dengan kucing yang suka cakar2), dan pas tu mula rasa nak cari yang lebih mudah untuk dimiliki.
pas tu.. bila fikir2 balik.. rasa macham .. okay fine... memang ia barang yg berharga dan sangat berkualiti..tentulah mahal! balik pada perkara utama... sanggup tunggu atau tak? kuat semangat untuk berjimat cermat dan kurangkan hobi shopping atau tak.. (ho ho... paling susah ni.. halangan yang sangat sukar untuk di atasi.. patut dapat award ni.. Intan!!! sila kagumi usaha saya!!). boleh terima dan hargainya atau tak??? kalau dah dapat nanti.. sanggup jaga dan terima buruk baiknya atau tak? dan kalau tak sanggup tunggu.. dan nak jugak beli brand lain sebagai ganti.. kena tanya balik pada diri.. hati!! kau okay tak??? melepaskan satu perkara yang sangat diminati.. itu sangat menyakitkan!! owhhh!!! korang tentu pernah rasa kan?? macham tak leh lena tido. dan jugak tak leh tenteram langsung!! yerlah.. kita lepaskannya.. dan cari ganti yang baru.. tentu kena fikir balik.. betul ker yang baru tu akan beri kepuasan pada kita??? walaupun.. di tepi2 kita ni.. byk sgt katalog2 yang ceria dan offer lebih byk kelebihan dari sudut harga lebih murah, hadiah2 tambahan, kemesraan pada layanan diberikan untuk pikat hati kau untuk beli yang lebih murah.. tapi kalau kau bebetul tekad pada yang terlalu istimewa di hati.. dan yang kau memang setia menanti..pasti, kau kena kuat.. tabah dan sentiasa bersemangat untuk penuhkan tabung buluh dan tabung syiling mail box korang!! (sila hargai usaha semangat waja saya!!!)
weih!!! kau ... sanggup atau tak?!!!!
Post a Comment