#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Tuesday, August 25, 2009
hu hu... tajuk ni takder kaitan dengan entry kali ini.. biasalah.. saya memang agak pakar dalam memberikan tajuk yang menyimpang jauh beribu batu dari karangan... hu hu... tu sebab banyak kali buku karangan saya dari darjah satu sampai tingkatan 3 kerap terbang ke luar pintu kelas.. oleh cikgu-cikgu berkaliber yang mengajar Bahasa Melayu. ho ho... okie.. terpaksa mengaku saya takder point untuk tulis belog kali ini. tak tahu laa pulak kenapa boleh terniat untuk membelog... pada hal kejer tengah banyak.. sumpah.. banyak giler atas meja.. siap ada wayar2 lagi kat atas meja. ha ha untuk menunjukkan memang banyak kejer.

Attention please!!! sempena bulan ramadhan ini... dua orang staf jabatan kej awam telah dipilih untuk BOE.. anugerah best of employee. Sila rujuk laman web ini jangan lupa tanggungjawab anda untuk mengundi! he he.. untuk puan aini dan en osman.. sila rujuk lampiran senarai restoran untuk open table bagi para pengundi anda yang sangat setia ini. Yeah!!! anda semua.. sila vote sekarang!!!

buat para usahawan berjaya di sekitar politeknik merlimau.., sila pastikan tempahan kuih raya akan sampai pada waktunya.. kalau boleh lebih awal.. sila lakukan.. kerana ini membolehkan saya untuk merasa kuih2 tersebut.

trip to Jakarta.. hu hu.. sangat sedih kerana terlambat book ticket. harga dah naik sikit.. Apa?? naik sikit??? hu hu.. beza RM100 tu.. mmm mari kita listkan barang yg boleh dibeli dalam RM 100 tu. he he.. takper jika ada rezeki saya untuk menemui pria2 terhebat di jakarta... promotion hebat akan tetap diadakan tiap awal tahun. Para pramugara dan pilot yang handsome dan awesome.. sila pastikan air asia akan meng offer kembali diskaun hebat..atau sangat hebat!! supaya saya dapat menaiki kapal terbang anda. sila berbuat demikian.

apabila Siti 3 kali daftar masuk keluar ICU. kay relax... bukan siti nurhaliza atau siti payung.... . ni nama asal laptop saya yang telah menjadi mangsa kekejaman virus yang sedia ada dalam dunia maya.. . habis seluruh nota dan segala harta pusaka disimpan dalam siti telah dimakan tanpa belas kasihan oleh kumpulan virus sedunia ... vfjfghgdghdtydty ... fine virus fine!! nampaknya segala hasil usaha untuk memenangi dalam pertandingan membuat nota p&p menggunakan multimedia menemui kehampaan walaupun sebenarnya tarikh tutup pertandingan telah berlalu. saya tidak langsung menghantar hasil nota kuliah saya kerana kesuntukan masa.

gasak kau.. satu entry macam2 cerita. inilah akibatnya berbelog tapi takder tujuan. ha ha.. takper.. yang penting saya dapat berbelog hari ni.

Posted by wsuzana at 8:15 PM |

0 Comments:

Post a Comment