#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Monday, October 5, 2009
wartawan : Salam cik. bagaimana dengan keadaan semua peserta di bali ketika itu?

geng kepala gonjeng (suzana) : oh! setiba di lapangan terbang, semua peserta dalam keadaan gembira sebab abang pilot amatlaa handsome dan para pramugara dan pramugari nyer jugak amat menawan dan menerujakan hati..

wartawan : selain daripada itu, bagaimana persiapan ahli2 pasukan?

geng kepala gonjeng : kami dah bersedia fizikal (tenaga utk berjalan) dan mental (duit untuk shopping) dari malaysia lagi. apa jua yang berlaku.. kami tetap akan teruskan cabaran di bali.

wartawan : nampaknya anda sumer begitu bersemangat. Cik Suzana.., boleh ceritakan sedikit pengalaman di sana?

geng kepala gonjeng : owwhhh!!! boleh sajer... alkisah...,


senyuman sebelum terbang.. tapi tak berapa ikhlas sebab tak nampak abang2 pilot yang kachak2 dan hencem2 lalu dpn kami ...



dah tiba di bali... , episod cabaran bermula di sini ... jeng jeng jeng ....

chewah... iza sedang menerima anugerah wanita melayu terakhir.. dari salah seorang pelayan restoran.. . okies.. tipu jer.. sebab sumer peserta dapat. tapi sumpah.. bunga tu memang wangi giler. sayang nak buang.. sebab rasa macam begitu tradisional. ketua kontingen sangat melampau kerana mintak dua2 belah telinganya diselit bunga.



arrgghhhh!! senyuman ni hanyalah lakonan semata,, kami sebenarnya begitu lapar... dan tak sabar untuk makan dan balik tido kat hotel.


Makanan yang shangat besh dan menggiurkan.. terutama sos nya. marvellous!!! Sayang.., sumpah.. saya memang terlalu teruja melihat lauk pauknya.. dan suka sangat dengan sos itu.. jadi.. habis jugaklaa.. sumer lauk. sorry sayang.. saya lupa tentang allergic saya!!

kakak kamera rasmi ini tak lalu makan kerana terlalu busy menerima permintaan untuk capture gambar2 peserta. tp sempat jugaklaa saya merakam gambar beliau.. .

sumpah!! saya sangat suka gambar ini..

breakfast!! tp sebenarnya.. tak lalu makan sangat nasi lemak tu .. macham lain jer rasanya. nasi lemak ker tu??

ni dia sorang lagi ahli geng kepala gonjeng..(selain daripada saya) bersama dengan syala.. geng wanita melayu terakhir.. (kuiz facebook kata saya jugak perempuan melayu terakhir!! owwhhh!! tidak!!!)
aksi manja dari geng kepala gonjeng

aksi agak ganas dan serius dari kakak kamera dan si kepala botak ala mawi...


dua pasangan romantis... yang menyertai cabaran di bali

ini.. roommate saya di bali.. chomeyl shangat.. dan.. dia jugak ahli geng kepala gonjeng.

saya bersama 2 orang ahli kumpulan wanita melayu terakhir ..

penari peserta barongan .. yang sangat cantik dan seksi.. okay!!! peserta lelaki sila tutup mata anda sekarang!!
konon-konon nak cuba buat aksi macham dalam video klip Teratai layu di tasik madu.. tp tak jadi.. T_T

pemandangan semasa lunch pada hari kedua cabaran di bali...


inilaa kesan daripada sifat tamak.. makanan yg tak habis. memula nampak macham sumer nak makan.. tapi akhirnya terpaksa surrender. mata masing2 buat2 macham terpesona dengan keindahan pemandangan gunung ganang.. tp mengantuk sebenarnya.. Tsk Tsk

kay.. ni aksi manja selepas dapat minum free air kopi yg disediakan untuk promosi kopi di kaki gunung. rasanya macham agak pelik jugaklaa. kat sini ada kedai menjual serbuk kopi pelbagai perisa.. dan juga brgan mandian dan byk lg. untuk mengambil hati orang yang penat membancuh kopi.., saya dengan senyum penuh ikhlas..(sumpah memang ikhlas) membeli mandian susu .. .
"Ila!! balik hotel nanti aku tak sabar nak guna mandian susu dan scrub badan ni.., ha ha.. so.. kau tak kisah kan kalau aku guna lama sikit bilik air"

sila silakan naik kereta kuda!! kuda ini shangat chantik.. dan jugak begitu sombong kerana kami sumer terlalu ghairah nak mengambil gambarnya!! Sombong giler.. kuda ni langsung tak pandang arah kami.. ahhh anggap jer kuda tu pemalu!

berangan nak amik berlatarbelakang kan matahari terbenam. tapi sebab sibuk sangat cari aksi dan pose gedik kami, dah terlepas matahari tu. takper..takper.. ini sumer salah kakak kamera. hu hu...

Penari-penari Kechak Dance ...


muka semangat dan ceria giler.. nak balik malaysia!!! yeay!!! Sayang..!!! saya dah nak balik!!!
geng2 kepala gonjeng... beraksi..

masih aksi kami lagi.. yang hujung sana tu sumpah mengada giler buat lambang peace. pada hal sebenarnya gugup sebab ada pramugara kacak lalu lalang. memula.. excited nak berkenalan (sori sayang.. saya tak menggatal.. kwn2 saya yang lain yang nak berkenalan dgn pramugara hensem tu T_T). tapi disebabkan tray beliau telah kehabisan spaghetti yg kami suka..dan tunggu2 maka.. secara automatik.. nama beliau dikeluarkan dari list kami.

bertemu lagi dalam sesi temubual bersama geng kepala gonjeng di keluaran seterusnya..
okay... next!!!!

Posted by wsuzana at 8:53 PM |

0 Comments:

Post a Comment