#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Friday, November 13, 2009
mari jayakan kempen menanda tugasan!!!

tiba masanya untuk kempen menanda tugasan sedunia!!! yeah!!! Apa yang perlu disediakan dalam diri ialah...

i. keyakinan diri dan ketabahan hati untuk memberi markah

ii. kekuatan hati untuk meneruskan menanda tugasan walaupun digoda dengan pelbagai pujukan dan ajakan dari kawan2 baik untuk makan2 kat luar ataupun bersarapan pagi dekat kilang berapi... dan yang paling mengerikan.. apabila diajak membuat lawatan akademik ker shopping mall yg sedang sibuk dengan aktiviti sale!!! Yeay!!!

iii. ketekunan dan kerajinan - perlu sediakan air nescafe dan pisang goreng untuk memastikan sentiasa khusyuk dan menumpu pada tugasan2 itu

iv. perlu untuk memastikan diri sendiri di dalam keadaan mode invisible.. Ini penting untuk mengelakkan diri daripada diganggu oleh para student yang sibuk untuk merayu dan mengeluarkan kata2 manis dan sangat indah... bagi memperolehi kebenaran samada utk membuat tugasan semula, atau tugasan tambahan, atau re-test, re-quiz... dan segala jenis usaha untuk menambahkan markah masing2 ... (sila belikan coklat dan pisang goreng untuk saya!!! ^_^ tee hee )

v. sentiasa menyediakan panadol atau ubat tahan sakit kepala - sebagai persediaan menghadapi tugasan2 pelajar yang tersangatlah... menduga kesabaran dan keimanan... ( para pelajar... sila pastikan anda bind dengan kemas setiap tugasan anda.. jangan terlalu malas sangat sampaikan hanya mampu untuk guna klip kertas sahaja untuk menghantar assignment itu. )

vi. perlu mengurangkan tahap berkata2 ketika dalam sesi penandaan tugasan. (Jap eh!!! bukankah saya memang seorang gadis yang masih berada dalam kategori wanita pendiam???!!! apa2 jer laaa suzana!! Asalkan kau happy tee hee ( ^_^)

Untuk sumer!!!! Berusaha mencapai 100% target selesai penandaan!!!!!!!!!!!!!!!!

malam isnin ni... ada malam pra graduan bagi sumer pelajar semester akhir sesi julai 2009. Tahniah buat mereka!!

P/S =

Dress apa yang perlu saya pakai??? mmm... ada sponsor ker?? ha ha.. annoying sungguh laaa.. asal jer ada dinner sibuk nak selak balik dan bongkar sumer sudut gerobok.. mana tahu ada idea untuk mix and match kembali pakaian lelama!!! sila beri idea untuk saya!!!

Posted by wsuzana at 8:21 PM |

0 Comments:

Post a Comment