#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Sunday, January 18, 2009
Rite now, aku rasa macam nak demam semula. dah 2 malam aku mimpikan arwah ibu. tapi arwah macam gembira. sewaktu dalam perjalanan balik dari merlimau (perjumpaan dengan pelajar kss) dengan abah, aku beritahu abah yang aku betul2 gembira dan bersyukur (jugak sedikit mengkagumi) kasih syaang dan kesetiaan abah pada arwah ibuku tetap utuh. bukan berbangga cuma aku agak keliru dan sering juga tertanya kenapa abah tetap sayang dan terlalu menyayangi arwah ibu dari dahulu hingga kini dan insyaallah buat selamanya. abah tersenyum, dan berkata dia selalu solat hajat dan berdoa agar kami sekeluarga.. terutama dia dan arwah ibu akan bersatu di sana kelak.
'arwah mak sangat manja dan rapat dengan abah. adik nak tahu tak, arwah mak adik tu laa satu-satunyer perempuan yang abah amat hormati kerana arwah seorang wanita yang terlalu baik, lembut, sangat setia, pandai menghargai abah, pandai mengatur urusan rumah tangga, pandai menjaga harta kami berdua iaitu adik dan kakak.., sehinggakan.. ya.. memang adik ni nampak sosial dan agak nakal.. tapi abah tahu adik sentiasa pandai menjaga diri dan abah sentiasa percayakan adik dan kakak. adik dan kakak juga pandai membataskan diri dalam pergaulan. walaupun pergaulan adik agak terbuka dan adik memang sentiasa berkawan tapi adik tetap tidak pernah engkar dan tidak pernah lupakan mak dan abah. abah sangat2 rasa bersyukur kerana adik dan kakak sentiasa patuh dan hormat mak dan abah. cuma, memang berbanding kakak, adik agak nakal.. tapi itu yang membuatkan abah, arwah mak dan kakak sentiasa merindui adik. Arwah mak juga pandai mengatur urusan kewangan sampaikan adik dan kakak dapat berjaya ker menara gading. Itu sebabnya abah seboleh-boleh mahu arwah mak adik tu senang dan tenang di alam barzakh. Begitu juga dengan abah nanti, jika Allah mencabut nyawa abah, abah harap adik dan kakak tidak lupakan abah dan arwah mak yang telah bersusah payah membesarkan adik dan kakak serta seboleh-bolehnya memberikan nasihat dan panduan untuk masa depan adik dan kakak. Selama ni abah tidak pernah meminta apa-apa daripada anak-anak. Cuma inilah yang abah minta dari adik dan kakak iaitu sentiasa terangkan kubur abah dan arwah mak nanti. Abah memang rindukan arwah mak.'












Aku agak terpana bila mendengar kata2 abah. Aku menahan air mata daripada mengalir ke pipi. aku rasa sayu. Baru aku sedar betapa abah amat menghargai pengorbanan, kesetiaan dan sumbangan arwah mak sebagai isterinya dan ibu kami berdua. Aku rasa aku mampu tersenyum kini sebab aku yakin arwah mak pasti sentiasa tersenyum tenang dan sentiasa aman di sana.

Bonda... ampunkan kesalahan anakanda selama ini. Dari sejak bonda kandungi anakanda selama 9 bulan sehinggalah anakanda berusia 29 tahun ini. Begitu banyak pengorbanan yang bonda berikan dan korbankan untuk anakanda. Anakanda berusaha dan sentiasa berdoa untuk memastikan agar roh bonda aman dan tenang di sana. Anakanda juga tidak pernah lupa segala tunjuk ajar dan nasihat bonda terhadap anakanda. Anakanda turut memohon ampun dan maaf kepada bonda.. kerana anakanda akui yang anakanda seorang anak yang agak nakal dan sentiasa mengusik bonda. Anakanda berjanji kepada bonda yang anakanda tidak akan mensia-siakan tunjuk ajar bonda dan nasihat bonda supaya anakanda sentiasa bersikap lemah-lembut dan penyayang. Maafkan anakanda bonda kerana anakanda agak jarang untuk melawat pusara bonda. ini disebabkan kekangan kerja anakanda. Insyaallah anakanda pasti lebih kerap menziarahi pusara bonda setiap kali hujung minggu. Al Fatihah..



Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Posted by wsuzana at 4:05 AM |

0 Comments:

Post a Comment