it's been 4 days since last entry. act, i'm kinda busy dis week with.. bla bla bla... (buat2 busy kot). takderlaa sepatutnya semalam last day kena hantar fail FRP. tapi kan, hari rabu ari tu when i checked all the syllabus file document with JJ. At first to be honest, I was quite frustrated by the look of the file was controlled. Because, semuanyer berkeceramuk dan tak teratur. konpius tul aku!! aku tak berapa suka bila berlakunya pembaziran kertas ni.. yerlaa silabus yang diambil sem lepas, biasanya ikut susunan number tapi ni no 1 sampai 3 set.. apa citer nie. so, i told JJ it's better aku yang pegang. waaaa!!! its look like that aku ni nak jadi queen control wakakakakkaa.. cuma aku tak suka buat kerja dua tiga kali. penat looooorrrrr!!!! tapi kan.., penat gak aku kena bebel sebab aku letak file tu semua kat bengkel paip. that's mean dia orang sumer kena turun ker bengkel paip arrr!!!! hua hua hua .. aku bukan kejam sehhh cuma memang aku senang nak kawal. aku tak mahu nak main lepas kat sumer. sakit beb bila nak jawab! mahu kena telan satu botol panadol nieh!!! nanti leh dapat mc. besh tue beb dapat cuti free. itu pun kalau riwayat aku panjang laa. hu hu..
malam kelmarin kuar dengan my boss, aiza dan rasilah. patutnya wana join tapi mmmm dia busy arr. aku tertinggal kamera kat umah kalau tak pasti aku capture gambar gembira kita orang time makan kat seoul garden. besh gak!! (walaupun aku sebenarnyer lebih prefer makan warung. entahlaaa aku rindukan suasana dulu.. waktu kuar malam2 lepak dengan jurek dan roza dan zila huwaaaaaaa!!!!!) takperlaa.. nanti aku ajak abah aku kuar makan sate warung pak mat kat parit sulong. he he.. betullaa farah selalu kutuk aku minah kampung. aku cepat rindukan suasana cam nie. lama dah rasanya tak kuar dalam suasana yg agak menyamankan, angin malam. aku teringat masa aku kat shah alam dulu. susahnya nak cari warung. huwaaaa!!!! cam nak nangish jerk masa tu. windu shangat!!! yer arr asyik makan kat tpt elit jer. ari tu sebenarnyer nak belanja dia org sumer. tapi kan... masalahnya wana tak dapat join. so aku belanja ras dulu.itu sebab aku memang dah janji dengan dia. takper, lain kali aku belanja sumer lak. aku promise!! dah masuk dah dalam list aktiviti aku. he he.. aku belanja gak karaoke nanti.. kalau cukup arr budget. tengok poket dulu eeaaa. ngan korang bila2 masa leh gi. dengan ras dah agak susah. walau apapun, memang besh arr lepak sama2.
hari ni pun sibuk. byk lak benda nak kena buat. pagi tadi kul 5 dah kena bangun. tapi mata lagi sepet dari kebiasaan. then, aku buat kopi utk abah. sarapan.. kakak buat pagi ni. aku tertidur kat kerusi. he he.. biasalaa lepas solat subuh. mata mengantuk giler. aku rasa setan yg hasut aku tu makin tambah 3 inci kot panjang tanduk dia. sebab berjaya menghasut aku. kul 7.30 siap2 sarapan. aku sebenarnyer lupa aku dah janji dengan abah nak siang udang dan buat sambal udang. hu hu... cian abah dan kakak kita. kat meja makan, aku teruklaa kena perli .. udang dah terjun ker sungai laaa.. cheh!! yer aar.... aku letih shangat arrr. then aku sidai baju sumer, dan prepar ker kubur.. lepas balik tu, aku terus singgah jap beli ayam, dengan tempe. tempe ni nak bagi mak wana dan eeiy. he he.. aku tetap suka dengan tempe kat area sini. untuk bos dan aiza.. korang berdua makan tempe ker? aku lupa laa.. untuk my bos, sori haaa tak perasan mesej awak yang penuh dengan semangat itu. yer berjuang untuk menentang Israel. saya lupa nak reply sebab asyik kena perli jer dari tadi. sambung balik citer td, ha ha.. sampai jer umah .. chief chef umah aku yg baru (kakak aku) dah jerit nama aku dah. aku dah tahu dah arahan dia.. iaitu siang udang sebab dia nak gak lauk udang. baik!!! aku goreng khas untuk dia masukkan dalam sambal merah pagi tadi. malam ni aku and family ada kenduri 40 hari arrr kat umah bapa sedara abang ipar aku. kena gi.. tapi aku malash sebenarnyer. sebab aku nak tgk citer kat tv. huwaaaa!!!! kena leter agi dengan abah sebab merungut tak nak join!!!! isk.. aku nak namakan hari ni hari leteran laaa... sumer orang berleter jer kat aku. eleh kalau rindu kat aku tu.. cakap jer laaa... takyah laa leter2, penat tau bibir aku memuncung panjang. huwaaaaa!!!!
eh.. aku lupa lak nak citer. wah! byk lak story de mory nieh. ari selasa kot, aku gi Wetex dengan Wana. nak tumpang solat jer. tapi terkejut shangat aku sebab bilik solat tak selesa sungguh. rasa amat terhina. aku akan letakkan gambar bilik solat tersebut. memang aku marah sangat!!! terlalu hina rasanya!
attention!!! malam tadi rancangan first episode untuk rancangan Alexander bukan Zulkarnain. besh!! tapi aku tak dapat hayati shangat sebab yerlaa.. sambil tgk tv sambil aku baring atas carpet dengan bantal busyuk aku.. apa lagi.. kejap2 mata aku hanyut laa. (kena bebel agi dengan abah!!) huwaaaa!!!! baru jer semalam aku tido kat umah ada dan aiza. isk isk... mmm salah satu yg menarik perhatian aku malam tadi, kenyataan tentang keturunan sultan johor itu adalah daripada zulkarnain (menurut silalatus salitin). aku rasa dulu aku baca sejarah.. sultan johor dari keturunan bugis (lanun). isk macam mana nieh. nanti kena rujuk balik nie. tapi tetap aku tak setuju Fasha Sandha bercinta dengan anak TMJ uwaaaa!!! mana boleh!!!! ooopppsss aku bukan jelesh eeaaaa.. cuma tak puas hati jer sebab asyik nak kejar harta orang jer.
Buah hati terbaru dari FMSB, Alexander Bukan Zulkarnain… akan mula bersiaran pada 9 Januari ini pada jam 10 malam di Astro Oasis.
Inilah buah tangan mereka yang paling mahal pernah terhasil. Harap-harap hasilnya membanggakan. Dua tahun selepas tercetusnya idea untuk mendokumentasikan tentang perbezaan antara Zulkarnain dari Surah Al-Kahfi dengan Alexander The Great yang kita panggil Iskandar Zulkarnain dalam Sulalaltul Salatin (Sejarah Melayu).
Dokumentari 5 episode ini dan satu lagi adalah The Making of Alexander bukan Zulkarnain ditulis dan dikembang biakkan dari idea asal oleh rakan setugas saya Syirfan Indra Mitra Suria BIN Husin (lol - yes, namanya sepanjang itu). En Syirfan turut terbabit menerbitkan 3 dari 6 episode dokumentari ini. Sementara 3 episod lagi diterbitkan oleh En Azizul Hisyam - antara Senior Producer di FMSB. Bersama team Syirfan, En Mohd. Zamani menjadi Pengarah dan saudara Johari menjadi Pengarah bagi team Azizul.
ISKANDAR ZULKARNAIN BUKAN ALEXANDER THE GREAT
ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.
Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.
Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.
Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.
Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.
Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.
Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.
Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.
Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.
Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.
Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.
Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.
Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.
Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain
Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:
1. Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.
2. Menurut Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia.
3. Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung mempunyai banyak dewa-dewi.
4. Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah berhampiran Balkan.
5. Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika itu.
6. Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi Cyrus, beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
7. Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai kekasihnya.
Di bawah ini juga disertakan link ke laman yang menjelaskan ayat alQuran tentang Zulkarnain atau http://www.apesaje.co.cc/
Post a Comment