#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Monday, January 12, 2009
today, just got an email from the old friend.. shahrul from aman malaysia. i don't really know his location rite now. anyway.. i want to share something from his blog for our reads today.

Assalamualaikum

Hari nie, blog saya dinukilkan beberapa perkara;

1. Parlimen Malaysia sebulat suara mengutuk serangan Israel keatas Palestine. Walaupun ambil masa hampir 2 minggu setengah, sekurang-kurangnya kita tetap menyatakan bantahan, yang paling penting - umno, pas, keadilan, akim, mic, mca, dap, gerakan, pasok momogun, PBS, IPF semuannya sokong. Kerajaan kita tidak se"brutal" kerajaan Venuzuela yang dalam tempoh 24jam mengarahkan TYT Duta Besar Israel mengosongkan konsulatnya di Caracass. Kita pun sebenarnya tak berapa bersungguh nak belasah sekutu Israel - si Amerika. Banyak sangat kita terikat dengan Amerika nie.

2. Ulangtahun kematian Tom Hurndall ke 5 - seorang aktivis kemanusiaan dari Amerika yang ditembak oleh sniper Israel tatkala dia menarik seorang budak Palestin dari tembakan IDF. Beliau mati setelah koma sekian lama. Beliau ditembak dibelakang kepala. Penembaknya kini seorang yang bebas walaupun telah dijatuhkan hukuman penjara dan diberhentikan dari perkhidmatan tentera.

3. Kemasukkan Reservist Israel dalam fasa seterusnya pencabulan Gaza. Kemasukkan ini memberikan beberapa bacaan. Antaranya ialah Hamas semakin lemah dan tidak dapat mobilise pejuangnya secara efektif dan maklumat on-the-ground Israel memberikan isyarat terbaik untuk menghancurkan gerakan ini. Bacaan lain - Tentera Regular IDF sudah tidak dapat bergerak lagi - dah jammed. Reservist kena masuk ambil alih kedudukkan untuk memberikan peluang tentera Regular mengatur langkah. Bacaan lain, Hamas menguasai permainan - IDF kena hantar lebih ramai infantri sebab artileri tak begitu berjaya dan kalvari tak dapat masuk kecelah-celah bangunan. Dalam peperangan nie, ada banyak elemen yang terlibat - terutamanya elemen espionage (perisikan). Israel terbaru menggugurkan ribuan Risalah meminta orang awam menjauhi pejuang Hamas apatah lagi membantu mereka. Benchmark kejayaan Israel mengikut kacamata Olmert ialah menghalang serangan roket masuk ke wilayah Israel, tetapi sehingga semalam, roket terus menghujani bumi Israel. Manakala bagi tentera darat Israel, mereka berazam untuk mencari komrad yang tertawan - Koperal Shalit yang diculik oleh pejuang Hamas dulu.

Sekiranya Hamas mampu bertahan dalam tempoh seminggu lagi, Israel akan tewas dalam pelbagai front - terutamanya front diplomatik dan PR. Kecaman dan kutukan antarabangsa adalah cukup kuat memaksa Israel terpaksa memikirkan untuk menamatkan serangan ini secepat mungkin.

Ismail Haniyyeh mengatakan bahawa Hamas akan menang dengan sindiran tentera Israel memasuki Gaza seperti tikus adalah cukup mengerunkan dan menakutkan mereka. (Jangan lupa - Hamas pun ada reservistnya sendiri). Dalam perang 34 hari Israel-Hizbullah, Hizbullah hanya gunakan tentera Regularnya sahaja (Reservist = Wataniah hanya makan elaun menunggu saja).

Selamat menerbos sempadan kemanusiaan.

Shahrul Peshawar.

Posted by wsuzana at 7:39 PM |

0 Comments:

Post a Comment