#navbar-iframe { display: none !important; } it's a long journey

it's a long journey


Saturday, November 28, 2009





he's my robin hood...
my destiny....
should i let him dance... on the wall
dance... forever..
or should i just let him stand and freeze here..
maybe i should ask him to stay for a while.. and walk away..

whatever it is...
i just can't do anything...
...
back to you
fly with me
dance with her
stand by me
..
you may choose
you may cry
you may rest
for a while
but you must stay
or think to fly
it's nothing we can do...
if you don't try

Posted by wsuzana at 7:32 AM | 0 comments
Saturday, November 14, 2009
wah!! macham teruja shangat... dengan gelaran lelaki suci.. hu hu... . Mari kita terjah untuk semak list yang ada!! zassss!!!!

Bagi setiap wanita yang ada di muka bumi ini.., cirinya pasti berbeza. dan .. i bet.. 98% akan berangan2 tentang sifat2 lelaki yg sangat perfect!! "wah! wah!! kau nak yang perfect jer eeaaaa.. prefect ker perfect???" Weih!! sumer orang sama jer wei. lelaki mahupun perempuan.. ya!! Untuk ketidakpuasan hati ini.. silalah menyalahkan sumer nota2 terutama dari buku yang mengajar tentang keindahan bercinta yang mana si hero cerita tu.. adalah anak orang kaya.. tak pun lelaki yg memiliki kekayaan, yang ada keta ferrari sport.. atau keta lamborghini ke.. pas tu asyik sibuk ada gf yang chic.. dan sexy.. dan pas tu.. frust menonggeng.. bla bla bla.. buku2 yang boleh kita dapat dari borders, MPH, kedai buku sri tanjong mas.. (ada keahlian tau) .. kedai buku popular.. pun ada keahlian.. 10% diskaun!! (Sila daftar sekarang..) dan sebagainya.


Pertama, lelaki yang mempunyai sifat penyayang... dan bertanggungjawab.. . Biasanya.. lelaki tu mempunyai ciri2 seperti ayah bagi seseorang wanita itu. tidak kira dari segi sifat atau pun penampilan atau pun perwatakan atau pun personaliti.

Kedua.., ketinggian. kalau macam saya.. saya suka lelaki itu lebih tinggi. sikit pun takper.. sebab bila saya pakai kasut high heels (3 inci) ... leh sama tinggi. lelaki yang tinggi ni.. biasanya nampak macho dan smart jer.. ha ha.. lagi satu.. kita akan rasa safe. Macam mana kalau lelaki tu tak tinggi? kena reject ker?? isk.. takderlaa kena reject. kalau lelaki tu tak tinggi sangat.. pun okay. tapi kena terima dan sentiasa open.. bila saya pakai kasut tinggi. boley??? ^_^ oowhhh.. macham Nita dengan Zahid..

Ketiga .., dari sudut kematangan pemikiran. sebab biasanya.. perempuan lebih respect pada lelaki yang lebih matang pemikiran dari dirinya. tak bermaksud kalau lebih tua tu maka lebih matang ya.. sebab ada jugak yang lebih muda pun lagi matang dalam membuat keputusan dan juga memberikan pemikirannya... . tapi kalau yang memang setakat sama jer dengan diri saya.. mmm... tahap kegedikan saya akan bertukar menjadi melampau.. sebab tidak dikawal dengan baik.. ha ha.. boley ker???

okay.. next... !!! lelaki yang.. macham kesayangan i.. yang sangat seksi.. dan macho. (pada renungan saya saja). senyumannya, renungannya.., sentuhannya... (epp!!! biasa dia yer!!!)

pemilihan lelaki mengikut ciri2 yang utama dalam agama.. adalah... beragama, berharta, bijakana dan rupawan. rupawan ya... lelaki kesayangan kita.. sentiasa menjadi lelaki rupawan dalam hati kita... (betul tak kawan2???) , ciri-ciri berharta plak.. ni... penting tak penting.. asalkan berkeupayaan menjaga kita. bijaksana.. ya... penitng jugak. sebab i suka dengan lelaki bijaksana dan mampu meluahkan pendirian dan pemikiran sendiri.. owhhh sangat seksi!! beragama.. sebenarnya.. saya sendiri memang nak yang beragama.. . Sayang!! takper..takper.. u boleh belajar tentang agama yer. jangan risau.. ya. i setia jer. (isk menggatal sungguh laaa!! kes kritikal ni!!) saya jugak tak berapa gemar lelaki yang terlalu duniawi. bahaya sehhh apabila terlalu menyanjungi duniawi ni.. isk isk...

Lelaki suci juga... tak semestinya perlu ciri2 sweet talker. tak mahu ya.. seba ia lebih memberikan pandangan .. "weih!!! naper lelaki tu gatal tahap maksima???" tak tahu mana satu pompuan dia sayang .. mana satu yang hanya takat kawan jer. menyampah sangat!!!


Lelaki yang sukakan kebersihan dan kekemasan juga terletak di no 1 dalam hati saya. sebab i ni... selalu tertak kemas barang2 so.. mesti nanti nampak so sweet bila lelaki itu terkemaskan barang2 saya.. sambil bebel2.. ha ha.. tak mau yer bebel2 sgt.

selain itu, perlulah pakar dalam membuat kelakar dan lawak2 ni.. (bukan raja lawak yer.. takat lawak biasa saja) ... maksud saya.. sense of humour!!!

apabila musim sale.. lelaki yang suci juga perlu sentiasa bersedia untuk menemani tersayang.. membeli belah.. , kemudian.. makan sama2... dan lagi satu.. boleh habiskan masa bersama mebaca buku2 kat outlet MPH kat midvalley. ala2 kalau lelaki tu busy untuk buat kejer pun.. sanggup bawak laptop dan segalanya.. untuk menemani saya baca buku2 sambil buat kejer dan sambil makan kat restoran dalam MPH tu.. owwhhh sangat besh..

Lelaki suci juga.. mestilah daripada golongan yang sangat penyayang. sila minum susu sekarang!!! ha ha.. mesti suka dan sayangkan kanak2 dan bayi yang sangat dan sentiasa chomeyl.. terutama kalau kanak2 tu chomeyl sangat macam muka cartoon jepun.. atau macham muka heroin korean.. owhh... rasa nak peluk jer..

salah satu sebab saya suka join makan2 kat hotel dan duduk dekat dengan tpt chef2... .adalah kerana terlalu mengkagumi kehenseman para chef yang sedang sibuk kuar masuk dan sibuk memasak, saya sanggup duduk berdekatan dengan pintu yang menuju ke ruang dapur.. kalau dah penuh kat situ, saya akan cari seat yang dekat dengan tempat barisan makanan.. di mana ketua chef akan sentiasa lalu lalang.. ha ha..!! annoying giler!!! pas tu kan.. bayangkan.. lepas kahwin.. sama-sama masak... atau pun i dah penat balik kejer.. atau terlewat skett balik.. my hubby akan offer .. "dear.., mehlaa i masak pulak malam ni... u gi mandi dulu" !!! owhhh!!! saya takkan biarkan dia masak sorang2 tapi bersama2.. pas tu tentu lagi soooooooooooooo sweet bila sama2 potong bawang.. ewah!!!! bila nak siap masaknyer ni??? terus main baling2.. dan decide untuk kuar makan... ha ha!!!

tidak sombong dan terlalu suka meninggikan diri... dengan pakai high heel??? ohh tidak!! saya suka yang biasa-biasa dan simple sahaja.. macham my kesayangan..!! boley????

Next!!! mmm... understanding dan jugak sporting.. ni.. lebih kepada masuk kandang kambing.. mengembek ..( dah.. sambung pantun ni sendiri) tahu sesuaikan diri sendiri. pas tu sentiasa bersedia untuk temankan i untuk hadir ke dinner.. pra graduan.. atau aktiviti jamuan tahunan..(ada ker?)... juga sentiasa memerlukan i untuk ikut serta hadiri aktiviti dan dinner dia. .. yerlaa.. kena bawak isteri kan? takder maknanya nak jaga2 bab saham nie..!!!

kemudian..., mmm ada lagi ker?? okay.. ada lagi ya!! penampilan... macham tak kisah.. cuma mesti smart dan badan pun kena tahap macho dan tegap. senang.. kalau berlaku kes-kes kecemasan macham kes menangis air mata... senang nak nangis kat badan dia.. ha ha.!!! ni konpem kes menggatal dan menggedik!!! shut up!!! ni aksi lepas berkahwin ya!!! ha ha..


selain itu, terel berbahasa melayu, english, mandarin, jawa, ... kalau boleh 6 bahasa ya. sebab senang ketika nak berjalan2 ke luar negara!! it's for future maaa!!! (macham dalam borang resume jer??) . Bila pandai berbahasa banyak ni..., biasanya otak pun jenis yg cepat tangkap dan agak pintar. so.. ha ha... kecerdikan pun menjadi salah satu syarat sah.. bagi membolehkan sumer jawapan kepada soalan2 yang dikemukakan oleh saya dapat dijawab dengan yakin dan boleh dipercayai.

Penyayang .. dan sangat pentingkan kekeluargaan... . daat lebih besar saiz keluarga. owh i like!!!

Virginity... ooppppssss!!! boley???

Suka main futsal!!! ini untuk memastikan stamina sentiasa kuat dan badan tegap. Penting tu penting tu

kesopanan dan kesusilaan...

Jap!!! Jap!!! ni apsal bila check balik dari atas sampai ker bawah ni.. sumernya merujuk kepada suami idaman sahaja???? eppp!!! kan tajuk lelaki suci??? Tee hee ^_^




Apa yang ada di atas ni sumer sebenarnya dah tak berguna dah bila sesebuah cinta itu datang mencuit hati. di luar sana memang ada memenuhi ciri2 ini... tapi.. kalau hati ini tak secubit pun rasa cinta dan ghairah..(gosh!! ayat... tak agak2), rasa macam takder makna apa pun. tetiba.. tanpa disangka ia mungkin hadir tanpa memenuhi satupun ciri2 di atas... percayalah.. hanya dia di hati. Apa yang penting... kehadirannya dalam hidup saya.. menggembirakan hati.. dan kewujudan saya dalam hidupnya sentiasa dihargai dan dinanti.

Saya teringat.. cerita Troy yang menampilkan watak Achilles (yang arrogant) dan watak putera raja.. yang sangat baik dan sangat penyayang..(sama macham ciri2 yang saya suka). Tapi tanpa saya sedari... saya sebenarnya lebih tertarik dengan watak Achilles; One man alone stands as the key to victory or defeat over Troy – Achilles (Pitt), believed to be the greatest warrior alive.

He's so arrogant, rebellious and seemingly invincible. Achilles has no allegiance to anyone or anything, save his own glory. It is his insatiable hunger for eternal renown that leads him to attack the gates of Troy under Agamemnon’s banner – but it will be love that ultimately decides his fate.

Posted by wsuzana at 5:23 AM | 0 comments
Friday, November 13, 2009
mari jayakan kempen menanda tugasan!!!

tiba masanya untuk kempen menanda tugasan sedunia!!! yeah!!! Apa yang perlu disediakan dalam diri ialah...

i. keyakinan diri dan ketabahan hati untuk memberi markah

ii. kekuatan hati untuk meneruskan menanda tugasan walaupun digoda dengan pelbagai pujukan dan ajakan dari kawan2 baik untuk makan2 kat luar ataupun bersarapan pagi dekat kilang berapi... dan yang paling mengerikan.. apabila diajak membuat lawatan akademik ker shopping mall yg sedang sibuk dengan aktiviti sale!!! Yeay!!!

iii. ketekunan dan kerajinan - perlu sediakan air nescafe dan pisang goreng untuk memastikan sentiasa khusyuk dan menumpu pada tugasan2 itu

iv. perlu untuk memastikan diri sendiri di dalam keadaan mode invisible.. Ini penting untuk mengelakkan diri daripada diganggu oleh para student yang sibuk untuk merayu dan mengeluarkan kata2 manis dan sangat indah... bagi memperolehi kebenaran samada utk membuat tugasan semula, atau tugasan tambahan, atau re-test, re-quiz... dan segala jenis usaha untuk menambahkan markah masing2 ... (sila belikan coklat dan pisang goreng untuk saya!!! ^_^ tee hee )

v. sentiasa menyediakan panadol atau ubat tahan sakit kepala - sebagai persediaan menghadapi tugasan2 pelajar yang tersangatlah... menduga kesabaran dan keimanan... ( para pelajar... sila pastikan anda bind dengan kemas setiap tugasan anda.. jangan terlalu malas sangat sampaikan hanya mampu untuk guna klip kertas sahaja untuk menghantar assignment itu. )

vi. perlu mengurangkan tahap berkata2 ketika dalam sesi penandaan tugasan. (Jap eh!!! bukankah saya memang seorang gadis yang masih berada dalam kategori wanita pendiam???!!! apa2 jer laaa suzana!! Asalkan kau happy tee hee ( ^_^)

Untuk sumer!!!! Berusaha mencapai 100% target selesai penandaan!!!!!!!!!!!!!!!!

malam isnin ni... ada malam pra graduan bagi sumer pelajar semester akhir sesi julai 2009. Tahniah buat mereka!!

P/S =

Dress apa yang perlu saya pakai??? mmm... ada sponsor ker?? ha ha.. annoying sungguh laaa.. asal jer ada dinner sibuk nak selak balik dan bongkar sumer sudut gerobok.. mana tahu ada idea untuk mix and match kembali pakaian lelama!!! sila beri idea untuk saya!!!

Posted by wsuzana at 8:21 PM | 0 comments
Saturday, November 7, 2009
bismillahhirahmannirrahim...,

magnificent!! great!! wonderful!!! 3 words.. that will give us pride and honor!! 3 words that will describe us as a powerful man in this world! and i juz really love to say it.. being called with it. "You're soooo great!!" when someone tells u with this sentence.. what will you feel? are you feel that you're really great? or.. you're really proud and wanna announce it to the whole world??? is it really important when you really want badly for this title or this style?? is it really important that you crazy wanna people looking at you as a cool guy and at the same time you wanna let them know that you're the greatest among them?

masa saya menjalani kursus baru2 ini di salah sebuat ipt tempatan, terdapat satu pengumuman tentang.. gangguan bekalan api dan air disebabkan kerja-kerja pemulihan yang akan dilakukan oleh pihak berkenaan. notis pemberitahuan ini telah ditampal di mana2 kampus.., mana2 tempat pengumuman, dan ada jugak kolej yg siap buat pengumuman siaraya lagi. sebaik dengar berita itu, biasanya.. kita dapat lihat suasana menjadi senyap seketika... dan semua org saling berpandangan.. dan terus berlari pecut menuju ke bilik masing2 untuk mengemas beg bertujuan untuk balik ke kampung. kadar kelajuan mereka bergerak sangat mengkagumkan!! di manakah kehebatan generasi ini? kepantasan mereka bergerak? atau kepantasan mereka untuk berkemas2 ataupun kepantasan mereka untuk melarikan diri dari masalah? hebatkah kita ketika ini?

sehebat mana generasi kini sehinggakan merasakan mereka lebih hebat dari zaman generasi nenek dan datuk.. moyang ketika zaman penjajahan dulu?? hebat manakah generasi masa kini berbanding generasi ibu dan bapa mereka???

saya teringat masa zaman 90-an.., terdapat cerita bersiri BH 90210.. kalau sekrg ni.. sama standard dengan gossip girl. Hebat kah generasi masa kini.. yang mudah terikut2 kehidupan gossip girl yang hanya ditayangkan sekali seminggu?? hebatkah generasi masa kini yang terikut2 dengan siri cerita impak maksima? Hebat sangatkah jika dapat memnangi gelaran juara dalam pertangingan "siapa punya handphone dan teknologi yg paling canggih sesama sahabat handai??" hebat sangatkah jika dapat memakai pakaian yang paling mahal, hot dan seksi... serta mengikut trend gossip girl??? hebat sangatkah jika hanya memenangi gelaran juara dalam anugerah pembaziran duit yang melampau.. dan anugerah pembaziran masa.

hebat sangatkah jika tidak tahu menghargai peringatan daripada generasi lain yang sebenarnya cuba untuk membetulkan diri dan nilai, hebat sangatkah jika dapat melaungkan ketidakpuasan hati sendiri semata-mata untuk menampilkan dan meberitahu satu dunia yang diri sendiri tidak salah dan perlu dihormati? hebat sangatkah sekiranya hanya tahu untuk membuat complaint tanpa sedar diri sendiri perlu diperbaiki..demi masa hadapan?

Siapa yang salah??? generasi kini atau generasi zaman dahulu? siapa yang bersikap sombong dan angkuh? generasi kini atau generasi dahulu?? rasanya tak perlu untuk dipertikaikan pihak mana yang salah dan pihak mana yang angkuh. tapi generasi kini perlu sentiasa bertanya pada diri.... siapakah anda.. dan apakah yang telah anda buat selama ini.. dan apa yang anda perlu buat untuk mendapat title.. "HEBAT!!"

hebatkah generasi kini yang sentiasa dan lebih mengambil sikap mudah dan sambil lewa...? hebatkah generasi kini yang sentiasa berkata TIDAK BOLEH! TIDAK BOLEH! TIDAK BOLEH! untuk satu perkara baru dan di luar bidang
hebatkah generasi kini yang tidak berani menerima cabaran baru?
hebat sangatkah generasi kini yang sentiasa berkata SUSAH SUSAH SUSAH
hebat sangatkah generasi kini yang sentiasa mengkritik generasi yang lebih tua..?

generasi kini perlu lebih aktif .. balik kampung, tengok wayang, lepak2, lumba motor, ....?? tidak tidak!! Bukan itu..
tapi generasi kini perlu rajin untuk meng explorekan diri sendiri ..untuk keep on questioning, keep on exploring minds to find all the answer... and keep on opening your minds to get new perspective dan dimensi.

hebat sangatkah generasi kini yang tidak mahu menerima dan mengakui kelemahan diri daripada pihak lain? sekiranya anda mahu memilih untuk mempercayai kata2 anda sahaja.. dan tidak mahu dengar kata2 orang lain.. sila rujuk senarai gua2 yang ada di malaysia dan anda boleh pilih untuk duduk di dalam gua, sebab duduk dalam gua ada gema dan bila anda bercakap, anda dengar balik percakapan anda itu.

sekiranya kita sentiasa sedar dan sentiasa menilai diri kita dan sentiasa mempunyai tanggungjawab di atas diri sendiri, pasti kita akan berubah gaya dan style untuk approach our life and all the opportunities that come towards us. Setiap perkara yang kita buat untuk selesaikan dan sentiasa kita explore untuk mendapatkan jawapan, kita akan hanya hot, cool dan seksi sekiranya kita tekun dan ada passion.

Posted by wsuzana at 9:23 PM | 0 comments